Sunday, October 24, 2010

terengganu


Sesiapa yang biasa berkunjung ke Terengganu sudah tentu tahu terdapat banyak air terjun yang mempunyai air yang jernih dan sangat sejuk. Kawasan untuk mandi-mana juga landai dan kurang berbatu. Memang sesuai membawa anak-anak bermandi-mana. Antara air terjun di Terengganu yang popular di kalangan penduduk setempat ialah Air Terjun Cemerong, Air Terjun Sekayu di Kuala Berang, air terjun lasir, Air Terjun Jeram Penitih, Air Terjun Lata Belatan yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, Air Terjun Lata Tembakah, Air Terjun Jeram Tanduk, dan air terjun di tasik Kenyir. Selain merehatkan badan, terdapat juga pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang di lihat terdapat disini. Kepada yang ingin menginap, terdapat juga kemudahan resort, surau dan kawasan perkhemahan. Di harapkan Air Terjun di Terengganu akan terus terjaga rapi untuk warisan masa hadapan.

melaka


 Blog kali ini saya ambil dari sebuah buku kecil bertajuk Panduan Pelancongan Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Perlancongan. Melaka salah satu tempat bersejarah yang terdapat di Malaysia.
Masuk saja mana-mana lorong di tengah-tengah bandar bersejarah ini, anda pasti menemui sesuatu yang mampu membuat anda terpegun. Bangunan lama di samping perdagangan dan pertukangan tradisional menobatkan lokasi ini sebagai antara destinasi yang paling banyak dikunjungi pelancong di Malaysia. Bangunan di sini mencerminkan pengaruh Portugis, Belanda dan British manakala pusat bandar rayanya pula amat sesuai untuk bersiar-siar dengan berjalan kaki.

Tempat bersejarahnya termasuk bangunan Stadthuys, Christ Church, Gereja St. Paul dan kota A’Famosa dibina oleh Portugis pada tahun 1511. Jalan Hang Jebat (Jonker’s Street) pula merupakan lubuk kedai barangan antik, galeri dan kedai cenderamata. Anda boleh mengelilingi Melaka dengan menaiki beca yang berwarna-warni untuk pengalaman yang berbeza. Ayer Kerch, 15km dari bandar raya Melaka, menawarkan tempat menarik seperti hutan rekreasi, zoo, taman buaya dan ‘Mini Malaysia.
Ujong Pasir ialah penempatan Portugis ke arah selatan Melaka di mana para pengunjung boleh menikmati datarannya yang menzahirkan kehidupan penuh semangat dan nikmati juadah makanan laut yang diberi sentuhan Portugis. Lawati tempat ini semasa musim perayaan seperti San Juan dan San Pedro yang disambut pada setiap bulan Jun.
Satu lagi tempat yang amat menarik ialah Perigi Hang Li Poh, yang mengambil nama sempena nama puteri Maharaja Ming yang dihantar untuk dijodohkan dengan Sultan Mansor Shah demi mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara kedua-dua negara. Hadiah daripada Sultan kepada pengantin perempuan baginda, iaitu Bukit Cina, dijadikan kediaman rasmi mereka. Perigi yang dibina oleh pengikut puteri Cina ini untuk kegunaan peribadinya, juga menjadi sumber air bagi pekan ini. Bukit Cina merangkumi dua bukit yang berganding. la dijadikan jirat yang menempatkan lebih 12,000 kubur, ada antaranya yang wujud sejak zaman dinasti Ming lagi.
Melaka termasyur sebagai bandar muzium, Muzium Memorial Kemerdekaan
menempatkan dokumen berkaitan dengan peralihan pemerintahan negara ini dari zaman penjajahan Malaya ke zaman Malaysia.

-s@B@h-

Artikel ini saya akan mengupas lagi daripada buku Malaysia Tourism Map & Guide mengenai cadangan tempat-tempat menarik yang harus anda lawati di negeri Sabah. Antara tempat menarik yang boleh anda lawati adalah seperti berikut; 
Sepilok Orang Utan Sanctuary
Ia adalah salah satu destinasi pelancongan terletak di 25 km dari bandar Sandakan, Sabah Malaysia. Ini adalah tempat yang terbesar di dunia bagi Pusat Rehabilitasi Orang Utan. Kawasan ini seluas 11,000 hektar hutan dara telah disisihkan bagi kawasan perlindungan Orang utan. Di sinilah Orang utan yang telah tersesat ke kawasan hutan diselamatkan.
Gua Gomantong
Gua Gomantong yang berjarak sekitar 32km selatan Sandakan, adalah rumah bagi lebih daripada satu juta burung Walet. Dalam gua, burung membina sarang mereka tinggi pada dinding dan atap gua. Sarang ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Sungai Kinabatangan
Sungai Kinabatangan adalah sungai terpanjang di Sabah dan merupakan hotspot bagi kepelbagaian kehidupan mamalia dan burung. monyet, Orang utan liar, buaya muara, kucing liar dan dan pelbagai lagi spesies yang paling menarik dan luar biasa yang menduduki hilir dataran sungai tersebut.

$@r@w@k

Blog kali ini saya akan membawa anda ke negeri Sarawak untuk mencari tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Menurut pendapat dan artikel yang telah saya rujuk, Sarawak bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat yang menarik tetapi merupakan negeri yang paling bersih di Malaysia. Malahan, ada yang menyatakan Kuching adalah jauh lebih bersih dari bandar-bandar seperti KL.
Jika anda berpeluang berkunjung ke Kuching, banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Antara tempat menarik yang harus dikunjungi adalah seperti berikut:
Kuching Waterfront
Kunjungan anda ke Kuching dikatakan tidak lengkap jika tidak singgah ke sini. Tempat ini di antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil serta melihat aliran air sungai yang bersih . Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, juga terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh anda beli dan bawa balik.
Taman Negara Bako
Bagi penggemar alam sekitar, Taman Negara Bako sudah pasti menjadi pilihan utama untuk menikmati kehijauan flora dan melihat sendiri hidupan-hidupan liar. Monyet Proboscis atau dikenali sebagai ‘Orang Belanda’ merupakan tarikan utama pengunjung ke taman ini. Taman Negara tertua di Sarawak ini menggabungkan laut, pantai, paya, hutan dan tanah tinggi ini dikatakan mempunyai lebih 600 spesis tanaman bunga, termasuk 49 spesis orkid serta spesis haiwan dan spesis burung. Trek terpanjang di Taman Negara Bako adalah sejauh 10.5 kilometer ke Tanjung Kruin manakala yang paling pendek adalah ke Tanjung Sapi yang hanya berjarak 800 meter.
Kampung Budaya Sarawak
Dengan melawat perkampungan ini, anda bagaikan sudah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Sebab itulah, ia digelar muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuching dan tiketnya pula berharga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek sosio budaya kaumnya yang pelbagai. Kampung Budaya Sarawak ini mempunyai tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
Banyak lagi sebenarnya tempat menarik di Sarawak. Anda yang berasal di Sarawak harap dapat kongsikan lokasi pelancongan yang harus dilawati oleh pengunjung yang ingin menghabiskan percutian ke sana.